Komponen-Komponen e Pembelajaran

1. Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) adalah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning).

2. Infostruktur ICT dalam aspek e-pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu :

a) perkakasan komputer (sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna)

b) Perisian serta aplikasi e-pembelajaran

c) Pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal).

3. Pada pandangan saya, ketiga-tiga komponen di atas amat penting dan diperlukan bagi membentuk suatu e-pembelajaran yang berkesan.  Teknologi yang semakin berkembang telah membantu kita meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita.

4. Komponen kedua akan memudahkan segala urusan dan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menghasilkan perisian dan aplikasi yang dapat membantu guru-guru dalam proses PnP dan memupuk minat dalam diri murid itu sendiri untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baharu.

5. Komponen terakhir merupakan pelengkap bagi e-pembelajaran. Pengguna seperti guru, pensyarah dan pelajar akan memastikan e-pembelajaran berlaku dengan berkesan. Guru-guru di sekolah harus berkorban masa dan tenaga bagi menggalakkan e-pembelajaran berlaku dalam kalangan murid.

9. Kesimpulannya, guru-guru merupakan tunjang yang sangat penting dalam sistem pendidikan kita. Peranan guru-guru tidak dapat dinafikan lagi walaupun sering kali ramai individu di luar sana yang tidak faham akan pengorbanan seorang guru mengkritik peranan dan tanggungjawab guru di sekolah. Hanya insan yang bergelar guru sahaja faham akan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh seorang guru. Namun begitu, ini bukanlah suatu alasan untuk guru berputus asa dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka. Ayuh, bangkitlah guru-guru di seluruh pelusuk negara kita. Masa hadapan anak murid kita berada dalam tangan anda..

Laman blog ini telah membincangkan dengan lebih terperinci tentang komponen-komponen e pembelajaran.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang komponen-komponen e pembelajaran melalui persembahan slaid ini.

Video di bawah ini menunjukkan ketiga-tiga komponen utama e pembelajaran diintegrasikan membentuk satu kelas maya

 

Infrastruktur e Pembelajaran

Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) ialah salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif (collaborative learning).

1. Ada beberapa sumber di mana bahan ‘e-learning’ boleh diperolehi untuk digunakan di dalam bilik darjah. Beberapa sumber telah saya kenalpasti iaitu:

a) Bahan percuma ‘e-learning’ dari Internet.

b) Bahan yang dihasilkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama konsortium tempatan.

c) Bahan yang dihasilkan oleh sektor swasta.

d) CD-ROM yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri dan Pusat Kegiatan Guru.

2. Jika sekolah-sekolah ada komputer dan talian Internet, maka bahan-bahan ‘e-learning’ dapat digunakan dengan efektif dan efisien sekali. Bagi sekolah-sekolah ada talian komputer tetapi tiada talian Internet, maka bahan-bahan ‘e-learning’ perlu dicari dan dimuat turun di tempat lain terlebih dahulu, misalnya di Pusat Kegiatan Guru (PKG).

4. Namun begitu, segala infrastruktur dan kemudahan ini tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh warga pendidik. Masih ramai guru di luar sana yang masih belum celik IT. Guru-guru masih menggunakan pendekatan tradisional seperti ‘chalk and talk’ dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Penggunaan ICT dalam pendidikan memerlukan pengorbanan masa dan tenaga guru-guru. Faktor kekangan masa dan tekanan untuk menghabiskan silibus telah membantutkan penggunaan ICT di sekolah. Justeru itu, kajian-kajian yang ektensif dan lebih meluas harus dilakukan bagi memastikan guru-guru di luar sana boleh memanfaatkan penggunaan ICT sebaik mungkin sekali gus meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara kita.

Laman web ini telah membincangkan beberapa infrastruktur dan sumber dalam e pembelajaran.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang infrastruktur e pembelajaran di sini.

Video di bawah ini menjelaskan tentang sumber-sumber dalam teknologi pendidikan

Pedagogi e Pembelajaran

1. Pengenalan

a) Pada pendapat saya, pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru dan pelajar.

2. Ciri-Ciri Pedagogi e Pembelajaran

a) Berdasarkan pembacaan saya, penggunaan ICT dalam pengajaran  bermaksud menggunakan ICT secara terancang, bersesuaian dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Pedagogi Berbantukan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya :

i. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
ii. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
iii. Meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran bersendiri dan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
iv. Membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul.
v. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
vi. Membolehkan pelajar mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa.
vii. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
viii. Memberi peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima.
ix. Meningkatkan kemahiran ICT.

Maklumat lanjut tentang pedagogi e pembelajaran boleh didapati daripada perbincangan yang lebih terperinci dalam laman blog ini.

Video di bawah ini juga menerangkan hubungan antara pedagogi dan e pembelajaran

Teori-Teori Pembelajaran dalam e Pembelajaran

Teori pembelajaran merupakan beberapa kaedah untuk melaksanakan pembelajaran yang efektif melalui sistem pembelajaran yang dikembangkan berdasarkan teori belajar. Tiga aliran teori pembelajaran yang diintegrasikan dengan sistem pembelajaran e-learning ialah behaviorisme, kognitivisme dan konstrukstivisme.

1. Behaviorisme

a) Hasil pencarian maklumat yang meluas, saya dapat simpulkan bahawa belajar adalah perubahan tingkah laku sebagai akibat dari adanya interaksi antara stimulus dan respon. Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami siswa dalam hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil interaksi antara stimulus dan respon. Maklumat lanjut tentang teori behaviorisme diterangkan dengan lebih lanjut di sini

2. Kognitivisme

a) Teori kognitif adalah teori yang umumnya dikaitkan dengan proses belajar. Kognitif adalah kemampuan berfikir atau mental manusia yang berupa mengamati, melihat, menyangka, memperhatikan, menduga dan menilai. Teori belajar kognitif lebih mementingkan proses belajar daripada hasil belajar itu sendiri. Maklumat lanjut tentang teori kognitivisme diterangkan dengan lebih lanjut pada laman blog ini.

3. Konstruktivisme

a) Saya dapat rumuskan bahawa konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukan sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. mereka tidak menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Laman blog ini telah mengupas teori pembelajaran kognitivisme dengan lebih jelas.

4. Teori e Pembelajaran

a) Pada pandangan saya, ketiga-tiga aliran teori pembelajaran di atas boleh diintegrasikan untuk membentuk teori e-pembelajaran yang baharu. Teori e-pembelajaran berpendapat bahawa pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka dengan lebih baik melalui peluang pembelajaran secara kolaboratif, interaktif dan persendirian kerana media elektronik menyediakan persekitaran pembelajaran berdasarkan prinsip ―just-intime‖ dengan kompetensi ―anywhere, anytime, anyone (Talesra et al. 2003, Karoulis et al, 2004).

Video di bawah ini akan menerangkan ketiga-tiga teori pembelajaran di atas melalui beberapa contoh yang akan membantu pemahaman anda tentang teori pembelajaran behaviorisme, kognitivisme dan konstrukstivisme.

Definisi E-Pembelajaran

Terdapat banyak definisi tentang e-Pembelajaran (e-Learning) tetapi melalui pemahaman saya, e-Pembelajaran ialah suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya. Pada pandangan saya, definisi ini menunjukkan bahawa sebahagaian besar konsep e-Pembelajaran akan melibatkan penggunaan komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui internet / intranet.

Terdapat beberapa komponen penting yang terlibat dalam persekitaran e-pembelajaran ini seperti infrastruktur/perkakasan (ch. makmal komputer, komputer riba, talian rangkaian dan internet), bahan kandungan pengajaran secara elektronik (ch. e-modul / multimedia courseware, nota kuliah secara elektronik, video dan audio), sistem pengurusan e-pembelajaran (ch. Blackboard, WebCT, Moodle, Mambo, Learnmate, Lotus Learning Space, dan Kalaideskop), kaedah komunikasi (ch. email, forum, chat, sms, dan email-group), polisi dan prosedur e-pembelajaran, dan sikap / amalan pengguna.

Kesimpulannya, e-pembelajaran merupakan satu alat bantu mengajar yang terbaru dan menggunakan kemudahan ICT bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran sama ada dalam kelas ataupun di luar kelas. Pada pandangan saya, e-pembelajaran mampu memberikan impak yang positif jika digunakan dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh para guru dan pensyarah. E-pembelajaran juga dapat membantu penerapan kemahiran abad ke 21 dalam sistem pendidikan kita.

Maklumat Tambahan Definisi e Pembelajaran

1. Laman blog ini telah menyenaraikan beberapa takrifan yang berbeza tentang e pembelajaran berdasarkan visi beberapa tokoh yang terkemuka dalam bidang ini.

2. E book yang berjudul ‘e-Learning in Malaysian Higher’ mengandungi kandungan yang lengkap tentang e pembelajaran dan boleh dirujuk di sini

3. Dasar e-PEMBELAJARAN NEGARA (DePAN) mempunyai takrifan tentang e-pembelajaran di sini

4. Anda boleh mendapat maklumat lanjut tentang definisi e pembelajaran dengan menontn video di bawah ini

Refleksi Kursus GGGE 6542

Hasil daripada kursus ini selama hampir 14 minggu bersama-sama dengan PM Dr Norazah dan PM Dr Rosseni, pelbagai pengetahuan dan pengalaman baharu yang saya dapat peroleh dalam semester ini. Saya berasa amat bertuah dan beruntung kerana dapat mendalami lagi pengetahuan tentang ICT dalam pendidikan yang ternyata lebih luas daripada apa yang disangka. Kursus ini telah menekankan penggunaan aplikasi web 2.0 dalam pendidikan yang mampu menarik minat semua lapisan masyarakat untuk mendekati diri dengan dunia pendidikan. Bersama PM Dr Rosseni, saya dapat berkenalan dengan aplikasi wordpress yang sering kali digunakan oleh pendidik untuk berkongsi dan berkolaborasi antara satu sama lain ataupun dengan pelajar. Saya dapat berkongsi pelbagai maklumat dan informasi terkini melalui aplikasi ini.

Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan aplikasi web 2.0 yang lain seperti prezi, wallwisher, surveymonkey, sistem pengurusan pembelajaran (LMS) iaitu iFolio dan wikispaces bersama PM Dr Norazah. Saya sama sekali tidak pernah terfikir akan kewujudan aplikasi yang sangat berguna ini sebelum mengambil kursus ini. Misailnya, prezi adalah satu aplikasi yang sangat hebat dan menakjubkan. Saya sangat yakin penonton ataupun pelajar pasti akan tertarik dengan persembahan yang menggunakan prezi. Kursus ini juga telah membantu saya sebagai seorang siswazah di UKM. Kursus ini telah menyediakan bengkel untuk mencari jurnal dalam talian dan juga bengkel endnote yang banyak membantu saya mencari maklumat dan membuat penyelidikan dalam pendidikan. Proses penulisan kertas projek dan tugasan lain menjadi lebih mudah dan lancar hasil daripada bengkel-bengkel tersebut. Akhir sekali, kami pelajar kursus telah ditugaskan untuk menganjurkan bengkel aplikasi web 2.0 kepada guru tunas permata. Tugasan ini telah mendedahkan kepada kami pengalaman yang sangat berguna untuk dijadikan bekalan pada masa akan datang.

Akhir kalam, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada PM Dr Norazah dan PM Dr Rosseni atas pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang telah saya dapat sepanjang kursus ini. turut tidak ketinggalan kepada semua rakan-rakan kursus kerana memberikan kerjasama sepanjang kursus ini. Pengalaman bersama anda semua pasti tidak akan saya lupakan..

Wallwisher

wallwish-1fyhrni

Wallwisher adalah salah satu aplikasi web 2.0 yang telah saya pelajari dalam kursus Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan di UKM. Wallwisher ialah alat bebas dalam talian di mana sesiapa sahaja boleh membina “dinding”. Selain itu, Wallwisher ialah aplikasi internet yang membolehkan sesiapa saja menyiarkan pendapat mereka mengenai sesuatu topik umum dengan nota lekat elektronik pada dinding digital yang dikongsi bersama. Anda boleh menaip maksimum 160 huruf bagi setiap nota lekat elektronik  yang boleh menggabungkan imej, audio, power point, dokumen PDF, Excel Spreadsheet, atau video YouTube menggunakan pautan alamat web yang sesuai. Wallwisher juga boleh digunakan untuk mencatat nota peribadi, hari jadi, senarai perkara yang perlu dilakukan , koleksi maklum balas dan sebagainya. Yang paling menarik- tiada sebarang pendaftaran yang perlu dilakukan- hanya bina satu dinding dan mulalah siarkan nota anda. Selain itu, Wallwisher ini juga boleh digunakan bagi tujuan pendidikan. Anda mesti cuba menggunakan Wallwisher ini kerana ia sangat mudah dan berguna untuk anda.

Anda boleh mendapat maklumat tambahan tentang Wallwisher di sini

Saya telah sediakan video tutorial untuk pengguna mencuba aplikasi ini. Jangan tak cuba ye..

iFolio UKM

ifolio

iFolio adalah merupakan salah satu Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang telah diperkenalkan dalam kelas yang pertama bersama Prof Madya Dr. Norazah. Melalui interaksi ini, saya telah mempelajari dan meneroka iFolio secara ‘hands on’. Hasilnya, pelbagai kegunaan dan faedah dapat diperoleh oleh saya sebagai pelajar dengan menggunakan iFolio ini. Segala bentuk pengumuman, bahan-bahan dan maklumat dapat diperoleh oleh saya secara atas talian dengan begitu mudah. Pelajar-pelajar yang ingin bertanay kepada pensyarah juga boleh melakukannya dengan menggunakan sistem ini.

Mulai Semester 1, Sesi 2012/2013 semua pensyarah dan pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menggunakan ifolio (integrated Portfolio Management System) menggantikan SPIN. Pensyarah boleh mengakses ifolio menggunakan ID UKMPer dan katalaluan seperti dalam eWarga; manakala pelajar boleh mengakses ifolio menggunakan ID Nombor Matrik dan katalaluan seperti dalam SMPWeb.

Saya telah menyediakan video tutorial ringkas tentang iFolio UKM kepada semua pengguna yang ingin meneroka dengan lebih lanjut di bawah ini

Wikispaces

wikispaces

Melalui tugasan minggu ke 10, Prof Madya Dr Norazah telah memberi beberapa tugasan kepada semua pelajar kelas GGGE 6542. Semua pelajar dikehendaki membentangkan aplikasi yang terdapat dalam Web 2.0. Saya telah mendapat tajuk wikispaces. Melalui penerokaan saya, saya dapati wikispaces mempunyai fungsi yang hampir sama dengan wordpress. Perbezaan yang ketara adalah Wikispaces membenarkan rakan atau ahli yang kita pilih mengubah atau ‘edit’ laman wikispaces kita. Justeru itu, kita dapat berkongsi maklumat dan memberi tugasan dengan menggunakan wikispaces. Namun begitu, saya dapati wikispaces hanya membenarkan kita menambah maksimum lima orang rakan sahaja dan selebihnya kita perlu membeli perisian tersebut. Halangan ini secara tak langsung telah menyekat kebebasan pengguna yang ingin menggunakan wikispaces.

Rujukan tambahan tentang wikispaces telah disediakan di sini

Anda boleh mulakan laman wikispaces anda dengan bantuan tutorial dalam video ini.

WordPress

Lastfm+for+Wordpress+logo

Saya telah belajar menggunakan wordpress melalui kelas Teknologi Dalam Pendidikan bersama Prof Madya Dr. Rosseni. Sehubungan dengan itu, saya ingi berkongsi pengetahuan dan pengalaman baharu tentang wordpress. WordPress ialah satu alat penerbitan yang percuma dan sebahagian daripada web 2.0. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan laman blog atau web. Antara kelebihan wordpress ialah:

a) Mudah dan sesuai untuk semua pengguna sama ada pengguna novis atau pengguna mahir

b) Mempunyai pelbagai editor teks dengan sokongan multimedia yang canggih

c) Sumber terbuka di mana wordpress adalah percuma untuk digunakan oleh semua pihak

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang wordpress di sini..

Cipta laman wordpress anda sendiri dengan bantuan tutorial di bawah

Prezi

Prezi adalah persembahan perisian dan alat bercerita yang berasaskan awan (SaaS)untuk meneroka dan berkongsi idea pada kanvas maya. Prezi  membolehkan pengguna untuk mengfokus(zoom) masuk dan keluar media persembahan mereka.Prezi membolehkan pengguna untuk memaparkan dan menavigasi melalui maklumat dalam ruang 2.5D Z paksi. Prezi telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 2009 oleh pengasas Adam Somlai-Fischer, Peter Halacsy dan Peter Arvai.

Saya telah membuat slaid persembahan prezi yang bertajuk planet-planet dalam sistem suria bagi digunakan untuk sesi P&P akan datang di sekolah. Setelah siap slaid persembahan, saya dapati prezi mempunyai beberapa ciri-ciri yang unik seperti:

1. Prezi sangat dinamik dan tidak ‘rigid’ seperti power point. Prezi membolehkan kita menghasilkan satu persembahan yang tidak terlalu formal dan ia masih dapat menyampaikan maklumat dengan berkesan.

2. Prezi adalah sangat menarik dan mampu membuatkan penonton terpaku dan mengikuti persembahan sehingga tamat.

3. Prezi mampu membuatkan penonton menjiwai persembahan dan seolah-olah berada dalam persembahan itu sendiri.

4. Prezi membolehkan pembentang meluahkan kreativiti mereka dalam persembahan.

5. Latar belakang 3D prezi menjadikan persembahan itu tidak bosan dan menarik minat penonton.

Saya lampirkan pautan persembahan prezi yang telah saya buat untuk sesi PnP subjek sains tahun 4 yang bertajuk planet-planet.

Anda boleh mulakan prezi anda dengan bantuan tutorial yang saya sediakan dalam video di bawah

Kepentingan Web 2.0

 

Setelah melawat dan meneliti Jitzu Web 2.0, saya dapati ia sangat menarik dan berkesan dalam berkongsi dan menyampaikan maklumat tentang Web 2.0. Nota-nota tentang Web 2.0 sangat lengkap, ringkas dan padat. Jitzu Web 2.0 mempersembahkan segala nota dalam bentuk tulisan, gambar, video dan pautan-pautan yang berkaitan dengan Web 2.0. Persembahan yang sangat interaktif ini dapat menarik minat pelayar dan pengguna untuk membaca dan berkongsi pengtahuan dan pengalaman tentang Web 2.0. Disamping itu, Jitzu 2.0 juga membenarkan pengguna untuk memberi komen dan berkongsi pendapat tentang web 2.0 yang terdapat dalam Jitzu Web 2.0 ini. Jika segala nota dalam Jitzu 2.0 telah lengkap, maka ia akan menjadi satu alat yang sangat hebat untuk dirujuk oleh semua pengguna yang ingin mendapatkan maklumat tentang web 2.0

Setelah merujuk kepada nota-nota yang terdapat dalam jitzu web 2.0, saya dapati web 2.0 mempunyai banyak faedah dan manfaat kepada pelajar, guru dan penyelidik. Terdapat sepuluh faedah utama yang ditekankan dalam Jitzu 2.0 ini. saya akan menjelaskan  faedah ini secara ringkas melalui bacaan yang telah dilakukan.

1. Alat Perhubungan Sosial

Web 2.0 boleh digunakan oleh pengguna untuk berhubung dan merapatkan hubungan antara satu sama lain. selain itu, pengguna juga boleh berkomunikasi dan berkongsi maklumat melalui alat perhubungan sosial ini. Contoh-contohnya ialah facebook, twitter, blog dan wordpress.

2. Alat Perkongsian

Web 2.0 juga digunakan untuk berkongsi maklumat dan bahan-bahan rujukan. Melalui web 2.0, pengguna boleh mendapatkan maklumat, mengubah dan menghasilkan satu produk baharu yang lebih baik. secara tidak langsung, pengguna dapat menerapkan inovasi dalam diri mereka. contoh-contohnya ialah slideshare, youtube, flickr dan evernote.

3. Alat Kolaborasi

membolehkan pengguna berkolaborasi antara satu sama lain dan berkongsi hasil kerja masing-masing. contohnya ialah voicethread, wikispaces dan wallwasher.

4. Alat komunikasi

Membolehkan pengguna berkomunikasi antara satu sama lain sama ada secara teks atau pun melalui video yang membolehkan pengguna melihat wajah masing-masing. Contohnya ialah skype

5. Alat persembahan

Membolehkan pengguna mempersembahkan sesuatu maklumat atau data kepada penonton. Pengguna juga dapat menjadikan persembahan lebih menarik dan menarik minat orang ramai untuk memberi perhatian kepada persembahan. Contohnya ialah prezi, sliderocket, zoho show, empressr dan 280slides.

6. Bookmarking

web 2.0 juga membolehkan pengguna menanda dan menyimpan laman web yang ingin dilayari kemudian. Melalui cara ini, pengguna dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja keranaa tidak perlu mencari lagi laman web tersebut. pengguna juga boleh berkongsi dengan orang lain seperti pelajar, guru dan lain-lain. contohnya ialah diigo dan delicious.

7. content creation tools

8. survey

web 2.0 juga digunakan untuk melakukan survey dan soal selidk kepada orang ramai. contohnya ialah surveymonkey

9. Alat penilaian

digunakan untuk menilai sesuatu bahan. contohnya ialah quizsnack

10. Publishing tools

Pengenalan Web 2.0

Melalui pembacaan daripada bahan yang telah disediakan, saya dapat ringkaskan bahawa Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain dalam dialog media sosial sebagai pereka kandungan yang dijana pengguna dalam komuniti maya, berbeza dengan laman web di mana orang ramai adalah terhad untuk merujuk kandungan secara pasif sahaja.  Contoh Web 2.0 ialah blog, wiki, podcast, RSS dan lain-lain, yang membolehkan lebih banyak  Web yang berhubung di mana semua orang mampu untuk menambah dan mengubah ruang maklumat yang telah dirujuk. Web 2.0 merupakan satu penambahbaikan daripada Web 1.0 yang hanya membenarkan pengguna mengambil bahan rujukan secara pasif sahaja dan tiada hubungan berlaku di sini. Saya akan memberi penerangan ringkas tentang beberapa aplikasi Web 2.0 seperti ‘Wikis’, laman blog dan ’ Social Bookmarking’.

Wikis’

Wiki adalah sebuah laman web yang boleh disunting oleh sesiapa sahaja yang dibenarkan akses. Kejayaan Wikipedia menjadi terkenal disebabkan konsep wiki yang bertindak sebagai alat yang membantu kolaboratif berlaku yang memudahkan pengeluaran kerja berkumpulan, secara meluas. Wikis membolehkan pengguna mencipta dan mengubah laman web yang berhubung. Pengguna boleh menghasilkan satu bahan yang baharu hasil daripada rujukan wikis ini.

Blog

Laman blog ialah satu laman web yang mudah yang terdiri daripada perenggan pendapat, maklumat, diari peribadi, atau pautan yang dikongsi oleh pemilik laman blog untuk bacaan orang ramai. Laman blog membenarkan orang ramai member komen atau pendapat tentang bahan yang telah kita kongsi dalam laman blog.

‘Social Bookmarking’

Sistem ‘sosial bookmarking’ membenarkan pengguna untuk mewujudkan senarai ‘bookmark’ atau ‘kegemaran’ dan menyimpannya untuk dirujuk dan berkongsi dengan pengguna lain. ‘Bookmark’ ini juga boleh ditanda dengan kata kunci. Setiap ‘bookmark’ yang disimpan ini boleh dirujuk dan dikongsi bersama oleh sesuatu kumpulan dengan mudah kerana telah ditanda dan disimpan dalam satu ‘server’ di luar.

Ketiga-tiga aplikasi boleh digabung dan digunakan serentak oleh pengguna untuk membentuk satu bahan web 2.0 yang mantap dan mudah digunakan dan dikongsi kepada orang ramai. Web 2.0 ini banyak membantu untuk kita gunakan semasa mengajar, belajar atau menyelidik di mana jua kita berada.

Kebaikan Dan Keburukan Laman Sosial

Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta dan awam, laman sosial telah di ‘block’ dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja.

Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.

Kebaikan:-

1. Sebagai alat perhubungan. Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama mereka.

2. Sebagai alat pemasaran produk. Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka.

3. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu keagamaan

Keburukan:-

1. Pembaziran masa.  Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”.

2. Mengurangkan produktiviti. Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan”block” laman-laman tersebut.

3. Penipuan. Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram.

4. Pencerobohan akaun. Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar.

Anda boleh melawat laman blog ini bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kebaikan dan keburukan laman sosial.

Anda juga boleh mendapatkan rujukan tambahan di sini.

Pautan ini juga menyediakan maklumat tambahan tentang laman sosial.

Klip video di bawah akan menerangkan dengan lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan laman sosial.

Kredit kepada Noe Suhaimi di laman blog ini

Pengenalan Laman Sosial

Apa itu laman sosial? Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.

Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi. Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.

Anda boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang laman sosial melalui laman blog ini. 

Klip video di bawah ini akan menjelaskan dengan lebih lanjut tentang laman sosial